Rakan WARTAMAYA

Friday, April 30, 2010

Manusia semakin sombong

Manusia sudah semakin sombong seolah olah dunia ini milik mereka.
Ini kawasan aku .. itu kawasan kau.
Kau jangan buat itu disini, buat ini di sana.

Dunia ini untuk semua manusia.

Imam An-Nawawi rahimahullah memberi komentar tentang hadis ini, "Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran". (Syarah Shahih Muslim 2/269).

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)\

Kebodohan adalah sumber segala malapetaka, sehingga Allah sangat mencela orang-orang yang jahil dan orang-orang yang selesa dengan kejahilannya, Allah s.w.t. berfirman, artinya: Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan akal fikirannya). ” (QS. Al-Anfal:22)

Allah s.w.t menghina orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran dan tidak mahu mengatakan yang haq, sehingga orang tersebut tidak memahami ayat-ayat-Nya yang pada akhirnya menyebabkan dia menjadi seorang yang jahil dan tidak mengerti apa-apa; dan kejahilan itulah bentuk kehinaan bagi orang-orang yang sombong.
Hebat sangat kah manusia sehingga mahu menongkat langit?
Atau jiwa dan raga sudah dipenuhi arak dan maksiat sehingga kata tidak berakal.
Share/Bookmark

2 comments:

Mael Hashim April 30, 2010 at 2:39 PM  

kalau aku nak kencing kat rumah kau boleh tak, kau kasi tak ?

Anonymous,  May 1, 2010 at 4:56 AM  

orang yang sombong adalah orang yang menghina diri sendiri.kalau dah taksub dengan kesombongan,cubalah hidup tanpa talian hayat dan nikmat yang tuhan adakan.sombong sangat nak mendongak kelangit,yang didongak kelangit,langit tu siapa punya?.mendabik dada keangkohan segalanya aku ada,segala yang engkau ada, adakah engkau adakan?orang sombong saperti ini memang layak tuhan laknat didunia lagi dan tak payah dihijab diakhirat kerana membuang masa tuhan saja.

Blog list