Kenyataan Media : RM100, Shahrizat menghina warga emas Pulau Pinang
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang
KENYATAAN MEDIA
07 April 2010
Perkara : RM100, Shahrizat menghina warga emas Pulau Pinang
Merujuk kepada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 06 April dibawah tajuk RM100 : Shahrizat tawar takziah buat warga emas.
Dalam kenyataan tersebut Shahrizat telah mengatakan bahawa beliau telah menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan kerana baginya kerajaan negeri pimpinan DAP telah meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memandang kenyataan ini sebagai satu penghinaan kepada seluruh warga emas Pulau Pinang kerana Shahrizat sendiri telah meletakkan nilai warga emas Pulau Pinang kurang dari RM10 Sebulan.
Kenyataan Shahrizat juga yang mahu mengucapkan Takziah kepada warga emas Pulau Pinang juga merupakan satu kenyataan yang boleh dianggap biadap kerana mengucapkan Takziah kepada warga emas yang masih hidup.
Shahrizat sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana sebagai seorang Menteri beliau telah mengulas isu ini hanya mengikut logic akal beliau sahaja tanpa mengetahui tujuan sebenar pengagihan RM100 ini.
Sebenarnya sejak dari awal lagi Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah menerangkan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa pemberian ikhlas RM 100 itu bolehlah dianggap sebagai hadiah ulangtahun kelahiran warga emas terbabit.
Pemberian RM100 itu akan dan telah diberikan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang berumur melebihi 60 tahun pada Mac 2009 tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.
Dan tujuan pengagihan itu juga telah diterangkan kepada warga emas, ianya bukanlah untuk membasmi kemiskinan tetapi sekadar menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghargai warga emas Pulau Pinang.
Agak menghairankan disini, warga emas Pulau Pinang boleh memahami tujuan pemberian RM100 itu dan sedar RM100 itu tidak mungkin membawa keluar golongan miskin dari belenggu kemiskinan tetapi seorang Menteri gagal memahaminya.
------------------------------
Terima melalui email untuk disiarkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
8 comments:
Bila Lim Guan Eng bagi RM 100 takde pulak mana-mana pihak komen apa-apa. Malah puji melangit. Tapi bila Sharizat bagi RM 100 macam-macam pulak komen. Begitulah rupanya sifat orang yang tidak bersyukur dengan rezeki ALLAH. Apa salahnya tak kira lah mana-mana pemimpin yang cuba berbakti kita sebagai rakyat perlu la berterima kasih dan memberi sokongan kepada pemimpin supaya terus menabur bakti untuk rakyat, bukannya mencaci. Tapi kalo pemimpin yang kita suka kita puji sampai ke bulan. Ini tak betul cara penilaian yang dibuat. Harap rakyat Malaysia boleh menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan dalam menilai setiap hujah yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
menteri betina tu bodo piang.. bodo nak mampuih.. patutla kalah PRU dulu
Kenyataan seorang Menteri yang cetek dan mengulas berdasarkan akal dan nafsu sendiri. Tak tahu hal nak menyampuk dan tuduh yang bukan-bukan. Kesian menteri Ehsan ini.
Lebih baik dapat RM100 setahun dari dapat kain batik sehelai & RM50 setiap 5 tahun sekali masa mengundi. Kiralah nilai diri sendiri.
Kalau org UBN tak tahu malu ambillah....
Ada org yg ambil rasuah pun kata syukur dah rezeki tak kiralah halal ke haram.
Ingatlah makan yg haram, api nerakalah bahan bakarnya.
biasa macam tak biasa lak dgn umno nee
-duit dia sapu tak pe
-
Menteri tur tidak berkulit sawo matang.,
Maka die tak faham pepatah,
"Dari Cempedak baik lah Nangka"
Dari Tak Dak,Baik lah ada"
Itu luahan Mak Ngah,Mak Chak dari Sungai Pinang bila dapat duit RM100 tur.
Sejak kecik mereka tinggal di situ(Berhampiran Masjid Makbol) tak pernah ada wakil rakyat,atau wakil kerajaan bagi duit walaupon Sekupang katanya.,sedangkan arwah suaminya adalah AJK (UMNO) kmpong tur.
Mak Ngah siap nak taroh Duit tur (RM100)kat frame gambak ,sebagai kenangan,.
Kita tak heran kalau Menteri yg.tak sepatutnya jadi Menteri coz kalah dlm PRU lalu,menganggap tak de nilai.. RM100 tur cume celah gigi die saja.,
Alfatihah buat Allahyarham Pak Ngah Sa'ad dan Pak Chak Ridzuan.
Lembu seekor pon paling tidak RM1,000.00, umngok nilaikan hanya RM50 dah boleh beli jiwa & raga, 5 tahun sekali pulak tu....Ini cam cara Yahudi jek.
Menatang punya menteri. Tok aku pun pi ambik duit tu. Dia sedap2 ucap Takziah. Daje sungguh.
Aku pernah dengaq orang kuat Umno yang ambik rasuah kata "ni rezeki Allah Taala bagi....." hak ni hang nak ucap apa wahai mentari bangang al mangkuk hayun.
Sedekah jariah walau sekupang pun Allah nilai....
Post a Comment