Cadangan pinda Perlembagaan Pas
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan pindaan Perlembagaan Parti perlu dilakukan supaya jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin tidak diambil dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat.
Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia akan dilihat tidak adil terutama apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang juga AJK Pusat membicarakan AJK Pusat sendiri yang turut memegang jawatan.
“Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya.
“Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyakkarenah dalaman,” katanya dalam blognya. [ lagi ]
Pinda je tak cukup .. kena buang antu dalam PAS dulu .. he he he
Ehh .. ada antu ke? he he he
4 comments:
Tak boleh tidor lena ke?
Bagusle kalau dah insaf . Jangan tunggu TG Nik Aziz berbunyi dulu baru nak buat.
keadilan ialah andaikan anak sendiri mencuri perlu dipotong tangan,kalau nak jadi hakim yang adil. nauzubillahhiminzalik
dalam Pas TGNA lebih adil berbanding hadi yang berat sebelah macam UMNO
Post a Comment