Rakan WARTAMAYA

Friday, December 4, 2009

Yang salah jadi benar kerana rasuah

Disebabkan rasuah, orang yang tidak layak akan menjadi pemimpin, mereka yang tidak berkebolehan akan diberi peluang melaksanakan sesuatu tanggungjawab, dan yang paling menakutkan, perkara yang salah akan menjadi benar

Islam mengajar umatnya supaya mencari kebahagiaan dan kesenangan sebagai bekalan untuk mengharungi kehidupan di dunia, mahupun sebagai persediaan menghadapi akhirat.

Untuk memperoleh kebahagiaan itu, setiap individu hendaklah mematuhi perintah Allah SWT. Setiap perkara yang diperintah perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, manakala perkara yang ditegah patut dijauhi dan tinggalkan.

Antara perkara yang dituntut dalam Islam ialah memakan sesuatu yang baik dan daripada sumber pendapatan yang halal. Islam melarang umatnya daripada memakan sesuatu yang tidak baik. Apatah lagi pendapatan yang diperoleh daripada sumber pendapatan yang haram.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! makanlah daripada benda-benda yang baik, yang halal, yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada Allah.”
(Surah al-Baqarah, 172).

- + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list