Beri peluang jelaskan isu minyak

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas perlu diberi peluang untuk menjelaskan isu royalti minyak seperti yang termaktub dalam Fasal 4 dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum (PDA) 1974.
Ahli Parlimen Kuala Selangor dari Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dua individu yang bertanggungjawab menggubal Akta Petroleum Negara itu masih hidup untuk menjelaskan perkara sebenar perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri Persekutuan Malaysia.
“Kita wajar mendengar pandangan dari mereka tujuan dan matlamat penubuhan akta tersebut dan perkara ini seharusnya dibawa semula dibahaskan di Dewan Rakyat.
“Sebagai contoh, Tengku Razaleigh sudah memberi pendirian bahawa beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik tetapi mengutamakan kepentingan rakyat secara keseluruhan. Oleh itu, Kerajaan Pusat dan Petronas hendaklah menghormati pendirian ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment