Rakan WARTAMAYA

Friday, December 4, 2009

Rakyat Kelantan solat hajat di hadapan Kaabah


KOTA BHARU,4 Dis: Usaha pihak lawan mahu menggugatkan kestabilan kerajaan Kelantan turut mendapat perhatian rakyat negeri ini yang sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Mereka turut bersimpati terhadap apa yang berlaku melalui berita yang disampaikan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah di Mekah malam tadi memohon kepada Allah dikekalkan kerajaan PAS Kelantan dan dilembut hati perdana menteri supaya memberi royalti minyak.

Timbalan Pengerusi BBC, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat tersebut akan disertai jemaah di kalangan rakyat Kelantan dan beberapa pemimpin PAS yang berada di tanah suci.

Difahamkan turut berada di Makkah Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kob, Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Chetok, Ustaz Abdul Abdul Halim Abdul Rahman dan Zainuddin yang juga Adun Limbongan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list