Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 15, 2009

Timbalan Menteri gagal perjelas pembinaan kampus terbengkalai


KUALA LUMPUR, 15 Dis: Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Hou Kok Chung gagal menjawab soalan mengenai projek pembinaan beberapa kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meskipun majlis pecah tanah telah dilaksanakan.

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi, meminta Kementerian memberi penjelasan mengenai pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok yang masih belum dilaksanakan.

Menurut Nasharudin, majlis pecah tanah sudah beberapa kali diadakan terutamanya apabila tiba musim pilihanraya namun sehingga sekarang, projek berkenaan gagal dilaksanakan meskipun dimaklumkan tiada masalah berkenaan tapak yang dililih itu.
[ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list