Kerajaan Tidak Cadang Kaji Semula Kekebalan Pegawai SPRM
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula peruntukan kekebalan terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia bukan mutlak dan mempunyai syarat yang khusus, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Sekyen 72 Akta SPRM 2009 memperuntukkan kekebalan dari sebarang tindakan guaman, pendakwaan atau apa-apa jua prosiding yang boleh diambil terhadap pegawai SPRM dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa.
"Kekebalan itu terpakai dengan syarat perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati," katanya semasa menjawab soalan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) di sini. [ lagi ]
0 comments:
Post a Comment