Rakan WARTAMAYA

Wednesday, December 23, 2009

Skim Khairat Kematian Untuk Semua Kaum Di Kedah


ALOR SETAR, 23 Dis (Bernama) -- Skim bantuan khairat kematian atau Kifalah kepada rakyat miskin semua kaum di Kedah akan diperkenalkan bermula Januari tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata mereka yang layak akan menerima RM500 tetapi mereka perlu terlebih dahulu didaftar dalam senarai e-Sinar iaitu senarai rakyat miskin kerajaan negeri.

"Skim kifalah diperkenalkan untuk membantu meringankan beban golongan miskin terutama bagi menguruskan jenazah sekiranya terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu, bapa atau anak mereka meninggal dunia. [ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list