Rakan WARTAMAYA

Wednesday, December 23, 2009

Mahathir dan Pak Lah, kedua-dua perlu disiasat


KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.[ lagi ]
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  December 24, 2009 at 6:46 AM  

pemimpin sekarang pun apa kurangnya

Blog list