Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 15, 2009

Siapa 'jerung' skandal PKFZ seterusnya bakal didakwa?

SHAH ALAM - Enam lagi individu antara yang akan didakwa berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dalam masa terdekat ini selepas empat orang penting projek bernilai RM4.6 bilion itu dituduh minggu lalu dan semalam di Mahkamah Sesyen Klang.

Difahamkan pendakwaan terhadap mereka yang dikategorikan ‘jerung’ itu tidak akan dilakukan dalam minggu ini.

‘Jerung’ yang menanti masa untuk diheret ke mahkamah itu dipercayai melibatkan beberapa tokoh terdiri daripada orang politik, peguam dan pegawai kerajaan.

Sebelum ini, dalam kenyataan di Putrajaya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, mereka yang didakwa itu adalah sebagai permulaan dan siasatan akan berterusan.

Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mendedahkan identiti individu terbabit walaupun mereka sudah dikenal pasti kerana bimbang akan mengganggu proses siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). [ lagi ]

Kalau jerung cam ikan bilis, lepas ni order nasi lemak sambal ikan jerung.
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list