Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 15, 2009

Dakwa akhbar putar belit kenyataan


IPOH - Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming semalam membuat laporan polis terhadap akhbar arus perdana yang didakwa memutar belit kenyataan beliau di Parlimen minggu lalu berhubung isu masjid.

Menurutnya, siri laporan akhbar itu sebanyak 10 muka di peringkat nasional, mengutuk dan menyerang bertubi-tubi dan tohmahan terhadap beliau.

“Kami terpaksa meninggalkan Parlimen seketika dan membuat sidang akhbar tergempar ini kerana dakwaan yang begitu serius sekali telah dibuat terhadap saya,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP di sini, semalam.

Laporan polis dibuat pada jam 11.30 pagi dan diambil kenyataan oleh Inspektor Azril dari A Team. [ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list