Wong Bersedia Letak Jawatan Sekiranya Didapati Bersalah
“Sekiranya saya bersalah, saya sedia letak jawatan”, itulah yang akan dilakukan oleh Pegawai Khas, Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Wong Chuan How yang bersedia untuk melepaskan semua jawatannya dalam parti dan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya didapati bersalah.
Wong dalam satu kenyataan yang dibaca oleh majikannya Exco Selangor, Ronnie Liu semalam berkata, beliau sudah mengemukakan surat peletakkan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun Wong membidas sekeras-kerasnya tuduhan SPRM terhadapnya itu kerana beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment