Rakan WARTAMAYA

Thursday, November 5, 2009

Saya Penjenayah, tapi jenayah saya adalah rahsia - Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Selepas kecoh dengan isu tangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama tanpa surat tauliah, hari ini anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula mengadu dilucutkan tauliah mengajar agama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas alasan mempunyai rekod jenayah.

Anggota Parlimen PAS itu juga mendakwa JAIS gagal memberi alasan kukuh termasuk apakah jenis jenayah yang dilakukannya apabila beliau mempersoalkan tindakan jabatan itu.

"Saya kini seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah tetapi jenayahnya adalah rahsia, JAIS telah tarik balik tauliah saya kononnya polis kata saya ada rekod jenayah.

"Apabila saya tanya polis apakah jenayah yang telah saya lakukan, mereka kata perkara itu tidak boleh diberitahu kerana ia adalah rahsia," katanya semasa membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini Khamis. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  November 5, 2009 at 10:02 PM  

Salam.

Apalah nak jadi.
Dengan Si Mat JAIS ni.

Dahlah kelabu.
Kelabu asap pula.

Takut periuk tak berasap.
Kot.

Kita nak kot, kot saja.

Blog list