'Jais guna kuasa untuk elak berhujah secara ilmiah'
[...] Badan tersebut mengkritik Jais sebagai menggunakan kuasa kerana tidak mampu untuk berdabat secara ilmiah dalam menangani isu pentauliahan Asri untuk mengajar agama di negeri Selangor.
Mengulas serbuan yang dilakukan ke atas majlis agama oleh Asri itu, kenyataan itu menjelaskan bahawa "tindakan Jais ini hanya menzahirkan bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaan kuasa kekerasan."
Menurut kenyataan itu lagi, alasan pentauliahan Asri yang dijadikan alasan Jais bercanggah dengan "prinsip kebebasan intelektual" yang dilihat sepanjang sejarah Islam, dan ini memudahkan pengkritik jabatan agama itu untuk menuduhnya sebagai alat "segelintir tokoh-tokoh agama" untuk memaksa pandangan mereka diterima. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment