Pakcik tidak percaya anak saudara mati bunuh diri
[...] Pakciknya, K. Chandran, 42, ketika ditemui berkata, dia telah dimaklumkan tentang kejadian ini pada lebih kurang jam 11.20 malam semalam oleh pegawai penjara.
“Saya diberitahu seorang warden yang baru bertukar syif telah menemui Saravanan tergangung di dalam selnya dan terus mengejar Saravanan ke hospital. Bagaimanapun Saravanan diiystiharkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital,” kata Chandran.
Bagaimanapun Chandran enggan menerima hakikat bahawa kematian Saravanan adalah kerana membunuh diri.
Dia berhasrat membuat laporan polis berhubung kejadian ini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Johor, Penolong Pesuruhjaya Kanan I, Datuk Jalaluddin Ab Rahman mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment