Rakan WARTAMAYA

Monday, October 12, 2009

Tahniah Hassan Ali! hasratmu telah tercapai


dari email

setelah 3x mencuba, akhirnya hasrat hassan ali untuk mengalahkan PR telah tercapai. saya tidak bermaksud untuk menyalahkannya 100% di atas kekalahan PAS/PR di bagan pinang tetapi peranannya amatlah besar. fikirkanlah setiap kali ada PRK, PR bukan sahaja perlu menyerang dan menangkis serangan dariU/BN tetapi PR terpaksa memperbetulkan stering hassan ali.Bila ada PRK maka adalah sidang media hassan ali bagi menghentam PR. Bermula dengan isu arak di PRK permatang Pasir, dikuti dengan isu UG di PRK manik urai dengan kerjasama N1H1 dan terbaru isu SELCAT di PRK bagan pinang. Saya tidak tahu manusia jenis apa yang sanggup berak di dalam periuk yang digunakan untuk menanak nasi baginya.
saya tidak nafikan strategi UBN juga berjaya kali ini tetapi sebelum kita menuduh buruk orang lain(UBN) maka kita perlu menilai diri kita(PAS/PR) dahulu. bak kata orang tua ,satu jari menunjuk ke arah orang 3jari menunjuk kepada kita sendiri.

dalam isu SELCAT hassan ali berjaya menjauhkan orang cina dari PAS (rujuk Harakahdaily). TGNA selalu berkata "untuk mengalahkan UMNO kita perlu patahkan tongkat dahulu MCA dan MIC)". setelah tongkat ini hampir patah hassan cuba memperbetulkannya.walaupun persidangan meja bulat antara PAS dan DAP diadakan untuk memulihkan keadaan, bagi saya ianya hanya menambahkan memburukkan keadaan sahaja kerana hal ini makin menguatkan anggapan ramai yang PAS dan DAP memang bermasalah. kesannya terbawa-bawa hingga ke bagan pinang.

rasanya hassan ali tidak dapat tidur lena malam ini, pastinya dia masih ketawa terkekeh-keheh hingga ke pagi mengenangkan kejayaannya membantu mengalahkan PR di bagan pinang apa lagi sahamnya di hadapan UBN makin naik.

di bagan pinang, PAS bagaikan ketiadaan ketua. tuan presiden dan timbalannya tidak menampakkan kesungguhan untuk menang. Mahfuz Omar kelihatan lebih bersungguh seolah-olah dialah presiden dan salahuddin ayub bagaikan timbalannya. mereka berdualah yang kelihatan bertungkus-lumus menangani segala permasaalahan, manakala ketua pemuda lebih santai, bercakap bila mahfuz atau salahuddin bercakap. tiada idea sendiri.

di bagan pinang juga TGHH kelihatan seperti 'striker' yang cedera. tidak mampu mengejar bola, hanya mencukupkan pemain sahaja. Us. Nasha lagilah, kelibatnya entah di mana,penjaga gol tidak, pertahanan orang lain, midfield orang lain, penyerang jauh sekali agaknya jadi penjaga garisan.

apapun kepada mereka yang bertungkus-lumus dengan ikhlas, hanya Allah sahaja yang membalasnya. kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, bersamalah kita mengukuhkan PR. janganlah kerana hassan ali setitik menyebabkan rosak pakatan sebelanga. kepada pimpinan PAS, buanglah sampah yang dah mencucuk mata dan buat TGHH, kami masih mengharapkan tuan guru. ingatlah 'ILMU ITU BUKAN SAHAJA PERLU DIPELAJARI TETAPI PERLU DIAMALKAN' maaf, kami hanya mengingatkan.......

pokmat pmas.

Share/Bookmark

22 comments:

Anonymous,  October 12, 2009 at 6:49 AM  

Promuzakarah perlu dibuang dari struktur PAS. Kalau tidak PAS hancus

musafirlalu October 12, 2009 at 7:06 AM  

Insyaallah......... saya akan menjawabnya selepas selesai saya menerima rawatan selama 10 hari

ALI MAIDIN October 12, 2009 at 7:32 AM  

Nasa pilihan peerwakilan pas yang gila "ulamak" walau pemalas dan bangang

Anonymous,  October 12, 2009 at 7:40 AM  

Komen pokmat pmas ada kewajarannya.Komen seorang pengundi Cina di BP, pengundi2 Cina tak mahu undi Pas kerana marah dengan isu2 yang timbul di Selangor. Saya khuatir HA (Hassan Ali)akan pergi lebih jauh lagi sehingga melayakkan dirinya sebagai duri dalam daging, gunting dalam lipatan, dan telunjuk lurus kelingking berkait. Apakah sbenarnya perjuangan HA? Kalau Datuk HA tak selesa berada dalam PAs/PR, berhijrahlah ke umno, mungkin di sana HA akan mendapat penghormatan dan kedudukan yang lebih baik. Tinggalkan PAs/PR. dr ahli Pas Perak.

Anonymous,  October 12, 2009 at 7:46 AM  

kpd Musafirlalu...nak jawab apa? Bila pula ko dilantik sbgai tukang jawab?Org bukan kebulog sangat nak tunggu jawapan ko hingga tak kemana-mana 10 hari nunggu ko!Ko tulislah pandangan ko kat blog ko yang hit pun tak berapa.Ko perasaan sahaja ingatkan org ramai gi baca blog ko tu!

Anonymous,  October 12, 2009 at 7:49 AM  

jgn slahkan hassan ali dlm kekalahan bagan pinang. kekalahan ini adalah krn beberapa sebab yang lain antaranya ialah krn faktor undi pos dan yg kedua adalah krn org bukan melayu menggunakan kesempatan kuasa undi penentu dan mula berpaling tadah krn mereka ingin mendapat keuntungan dgn menyokong bn(setelah gagal tawar menawar dengan pr terutamanya PAS). konsep 1 malaysia najib (saingan 1 rakyat anwar)mula menampakkan keuntungan utk bkn melayu. kini org bkn melayu mula menyokong bn utk meraih kepentingan dan keuntungan setelah sekian lama mendominasi kuasa pembangkang. siapa yg untung? bn atau Pr? jawapannya ialah ORG BKN MELAYU......

Anonymous,  October 12, 2009 at 8:49 AM  

Pendapat saya, jangan kita asik politiking sehingga kita lupa siapa yg muslim (mengucap dua kalimah syahadah) dan siapa yg bukan muslim termasuk kafir. Adakah kita yakin jika kita berpakatan dengan bukan muslim contoh DAP, kita yakin mereka akan terima Islam kita, fikirkan. Dari sudut mana mereka itu akan bersikap adil dengan kita, sungguhpun kita fikir dan rase mereka akan bersikap adil dengan kita, fikirkan. Stakat mana pengorbanan mereka? Atau mereka bukan muslim hanya mahu memperkudakan kita Muslim untuk mencapai agenda mereka sahaja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya....

Anonymous,  October 12, 2009 at 9:52 AM  

wow!!!!! tepat sekali apa yg di katakan oleh penulis di sana.mungkin ada tambahan.

ana berada di sana untuk bertugas.

terus terang ana katakan ust nasa dan dr hassan susah untuk di buang dr jawatan mereka.mereka ini terlalu fokus kepada pimpinan kawasan yg bertanggung jawab meletakkan mereka di posisi itu.cubala tanya ydp dan dewan harian di selangor semua mereka dah pegang anu mereka.


kami di grass root dah bosan,bila ada program dalaman mereka tidak ada cerita lain tahaluf siyasi dan wala di mainkan.


di bagan pinag kelibat ust nasa dan dr hassan hanya dgn pimpinan ini tapi di laur bagai nak rak ana tgk mahfuz,sallhuddin,dr zul,ust firdaus,dr hatta dll ke hulu hilir buat kerja.

macam2 kalau nak cerita payah...

Abu Hakim As Salim October 12, 2009 at 9:55 AM  

2000 undi yang PAS dapat adalah dari hard core PAS... atas pagar??? kaum lain??? PAS perlu muhasabah diri PAS tak kuat, menang PRU12 sebab BN bermasalah, sentimen tolak BN kuat, insaflah wahai Hasan Ali, wahai Nasarudin Mat Isa, wahai Tantawi... jangan samapi kami tak kebuloq kat hangpa...

Anonymous,  October 12, 2009 at 10:16 AM  

aku dah habq lama dah..ingat perangai Hassa Ali tak ble effect chance PAS nak menang prk..padan muka..habaq tak degaq..besaq kepala..awat ingat PAS kuat sangat ka kat Selangor tu..melayu berapa kerat sangat sokong PAS kalu betui2 pun! makna PAS menang atas undi semua melayu cina india..so pandai2la jaga diri..angan2 nak jadi MB...tapi kerusi menang ciput..alahai!!

Anonymous,  October 12, 2009 at 10:47 AM  

ya prk sudah abis mari kita bergaduh balik. Lets find a punchinhg bag in the form of hasan ali.. Who knows sebenarnya fikrah org bp cenderung kpd hasan ali dan bila dia ditibai dlm blog penduduk bp are put off with pr

Anonymous,  October 12, 2009 at 12:18 PM  

Hassan Ali gila kuasa. Nak jadi MB. Habis la orang Selangor kalau Hassan jadi MB. Khalid tak boleh pakai, Hassan ali pun tak guna.

Anonymous,  October 12, 2009 at 12:37 PM  

memang sepertimana yang dikatakan hasan ali dengan isu selcat menyumbangkan kekalahan PAS.

Anonymous,  October 12, 2009 at 12:39 PM  

hadi, nasa, hasan ali wajar dikeluarkan dari PAS

Anonymous,  October 12, 2009 at 12:45 PM  

PAS perlu EGM, buat undi tak percaya kepada kepimpinan. MCA boleh buat!!!

Istiqomah October 12, 2009 at 1:14 PM  

Orang cina cerdik. Untuk membersihkan MCA mereka pecat Presiden and Timbalan. Pasal mereka mahu MCA kuat. Kesayangan mereka pada MCA dan DAP tetap sama.
Cuma mereka akan mengangkat siapa yang boleh beri lebih.

Begitu juga dengan Bagan Pinang. Umno boleh offer lebih dan dalam masa yang sama boleh juga mendera mereka. Oleh kerana N9 masih diperintah BN mereka mengambil kurang risiko tetapi kepada pergi mendapat untung lebih.

Dalam PRU13 nanti mereka akan tengok siapa boleh beri untung lebih. Secara kasarnya mereka cenderong kepada PR kerana disana mereka dilayan lebih adil dan mudah mendapat habuan dan peluang. Umno, MCA, MIC susah nak beri lebih kerana mereka pun berebut-rebut untuk mendapat yang lebih tadi.

Isu Kugan, isu PSRM, isu kepala lembu tidak menjadi masaalah pada Cina/India. Yang penting siapa boleh beri lebih.

Cuma yang peliknya adalah dengan orang melayu. Isu Islam mereka tak mahu pakai, isu melayu pun mereka tak apa. Yang pentingnya siapa boleh beri lebih. Ooop..itu pun bukan semua. Orang kampung yang tak dapat apa pun tak kisah. Yang pentingnya pasal dulu-dulu lagi kami dah mangkah kapal layar sekarang pun mangkah juga kapal layar.

A.Zawawi October 12, 2009 at 1:16 PM  

Wahai, Pemimpin Pas sedarlah ,perjuangan atas nama Islam mestilah berperilaku macam Rasul SAW , jgn jadi macam Umno , semua boleh buat...
Hal kecik dan besar mestilah kena jaga..

Anonymous,  October 12, 2009 at 1:23 PM  

untuk menang dalam PRU13 pembersihan PAS diperingkat kepimpinan harus dilakukan, selari dengan Mursyidul am PAS

serupasekala October 12, 2009 at 2:13 PM  

SABAR SABAR SABAR SEMUA.
KITA DAH KALAH ITU KETENTUAN DARI ALLAH.

BUAT RESEARCH DIMANA SILAPNYA. JANGAN CEPAT MENUDUH KERANA ITU MUNGKIN BOLEH MEMECAHBELAHKAN PARTI.

MUNGKINKAH FAKTOR KETOKOHAN CALON ITU SENDIRI,MUNGKIN FAKTOR MASYARAKAT SEKITAR PENTINGKAN PEMBANGUNAN DAN TERMAKAN BUDI YANG DITABURKAN.
MUNGKIN KERANA PAS BERTANDING MASYARAKAT SETEMPAT TAKUT DAN TAK PERCAYA PADA PAS ATAU SEBALIK NYA.

ATAU APA APA TEKTIK TEKTIK KOTOR YANG DIMAINKAN OLEH PIHAK LAWAN TIDAK DAPAT DIKESAN OLEH PIHAK PAKATAN RAKYAT.

SAYA SYORKAN BUAT LAH SIASATAN TERPERINCI KENAPA RAKYAT TAK BANGKIT , KENAPA RAKYAT MASIH MEMERLUKAN YANG LAMA ( ORANG LAMA )
PIHAK PARTI LAWAN PUN ADA KELEMAHAM KELEMAHAN TERSENDIRI.MUNGKIN KALI INI PR TAK JUMPA KELEMAHAN PARTI LAWAN YANG BOLEH MEMBUAT RAKYAT BERPALING TADAH MENYOKONG PAS.

PADA FAHAMAN SAYA TIDAK SEMUA NEGERI BOLEH MENERIMA PARTI PAS TERUTAMANYA DIKUBU KUAT umno.

Anonymous,  October 12, 2009 at 2:45 PM  

sebelum tumbangkan BN, tumbang dulu kepimpinan Pas yang ro BN.

Anonymous,  October 12, 2009 at 2:50 PM  

Sebelum tuduh menuduh pergilah buat qualitative research dulu kat Bagan Pinang...ambik sample tanya 1) Kenapa PAS kalah? 2) Kenapa UMNO menang..ambik demografik sekali...jangan guna survey internet..bukannya orang kg/dlm estate asyik buka internet...lepas buat keputusan buat post mortem...jangan tanya orang PR je..tanya makcik2 pakcik2 and semua bangsa....amacam?

Amru,  October 13, 2009 at 7:05 AM  

punca kekalahan :

1. Lantik Salahudin Ayub sbg Pengarah p/raya - kurang cerdik dan asyik nak konfront dgn org ja
2. Lantik Dr Zul sbg Pengarah Operasi - ahli PAS dah hilang hormat kat dia....mcm mana nak gerakkan jentera???
3. Seruan Jihad oleh Pemuda PAS menimbulkan ketakutan dikalangan pengundi
4. Orang Cina/India yang memang takleh pecaya
5. Org2 mcm Kalid Samad yg asyik nak mempertahankan kuil - menyebabkan undi Melayu hilang!!!!

Blog list