"Kami sedia berdepan Dr Asri"
KUALA LUMPUR - “Kami bersedia pada bila-bila masa bersemuka secara peribadi dan berbincang dengan Dr Asri tetapi berpendapat isu ini tidak wajar dibahaskan serta disensasikan secara terbuka," demikian kata dua yang diberikan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Mohamad Isa Abd Ralip yang juga jurucakap bagi 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung tuntutan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mahukan bukti beliau menghina Imam Ghazali, Imam Nawawi dan menolak amalan Furu’ (solat hajat, bacaan Yasin, talkin).
Mohamad Isa berkata, isu terbabit tidak perlu dijawab secara terbuka kerana Dr Asri sebelum ini sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan meragukan dan bimbang jika perdebatan ini berterusan akan menyebabkan masyarakat keliru.
“Dr Asri banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti isu pencegahan khalwat, penggunaan kalimah Allah dan isu amalan furu’ yang dikatakan bidaah dalam kalangan umat Islam.
“Kami tidak mahu terus mengikut rentak yang dimainkan Dr Asri kerana menerusi perbahasan itu nanti bukan sahaja soal hukum-hakam agama akan timbul tetapi juga keaiban dia (Dr Asri) akan tersebar jadi perkara ini tidak elok untuk tatapan umum,” katanya di sini, semalam. - + selanjutnya
5 comments:
Salafi versus Tarikat : The adventure continues...
Mengapa tidak boleh perbahasan terbuka...?
Siapa yang sebenarnya yang hendak mengelirukan masyarakat?
Dan siapa yang sebenarnya akan terbuka aibnya sekiranya diadakan perbahasan terbuka...
SUNGGUH SEDIH BILA NEGARA MEMPUNYAI PRESIDEN PEGUAM SYARIE seperti ISA ABD RALIP...
berani buat berani tanggung lerr brader... banyak lagi benda yang korang boleh betulkan kat malaysia ni...bukannya kacau orang yang nak mengajar dan mengaji agama...hampehhh punya peguam..
tahniah atas ketegasan persatuan tuan membuat bantahan kepada yang dipertuan agung,memanglah kami orang2 Perlis dah lama dihina oleh bekas mufti ini yang berpakat dengan Shahidan Kasim.menghina amalan imam-imam lama.orang tua-tua kami dengan fahaman baru beliau yang mengelirukan dengan cara penyampaian yang kasar lagi kurang ajar.
Selamat maju jaya,semoga tuan2 dedahkan lagi kejahatan bekas mufti ini,agar seluruh rakyat malaysia terutama orang2 pas&keadilan yang bangang(sahaja termasuk pemuda Pas)akan sedar,
Tulah..jangan kita ingat bila peguam je bagus menyampaikan hujah.. dia takut tu sebenarnya..
entah apa selama ini dia amalkan dalam prosiding mahkamah..kita sama2 fikirkan..Insya ALlah gelombang sunnah dan tajdid akan tersebabr di Malaysia..
Post a Comment