Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 8, 2009

Ahli-ahli Pas Setuju Data Kajian Pas Bantu Baiki Parti


[...] Tinjaun TV Selangor di Markas Pas Taman Melewar,sewaktu Seminar Memperkasakan Parti diadakan,mendapati rata rata ahli pas bersetuju data yang dibentangkan dapat membantu Pas dalam memperbaiki kepincangan parti.

Bagi Zulkifli Mat Tam dari Pahang,beliau menganggap kajian yang dilakukan jelas menunjukkan keprihatinan pelbagai pihak terhadap parti yang disertainya dari tahun 1986.

“Ini menunjukkan Pas mendapat sokongan yang jitu, ini perkara yang positif, dan oleh itu, pucuk pimpinan akan mengkaji data ini untuk melakukan keputusan yang tebaik kepada Pas,” katanya.

Mohd Razali Ramli pula menyatakan,beliau sudah menjangkakan data yang dikeluarkan akan memaparkan kemerosotan dalaman parti.

“Data tu dah dijangka dan kami yang duduk diperingkat akar umbi ini tahu sejauhmana sokongan keperingkat akar umbi dan oleh itu dengan secepat mungkin kita perlu lakukan penambahbaikan,” katanya.

Dalam data yang dikeluarkan,turut menyentuh peranan Muslimah sebagai jentera terkuat parti ini.Hal ini disokong Aziah Mohd Saad,Naib Ketua Cawangan Masjid Tanah ,Melaka. - + selanjutnya
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  November 8, 2009 at 3:07 PM  

Kalau rasa tak boleh majukan pas letakkan jawatan!!

Anonymous,  November 8, 2009 at 3:12 PM  

Pas mungkin merasakan syok sendiri kerana merasakan sudah cukup kuat dan berwibawa. Tapi pandangan dari luar Pas berbeza pula. Betul kata Prof Aziz "kalau dah tahu musuh kenapa didekati", bersembunyi pula tu, akhirnya pecah tembelang juga. Mana nak sorokkan muka dengan rakan seperjuangan. Maka datanglah hujah "Kami tetap bersama dan mengukuhkan Pakatan Rakyat" Ini stail cakap orang kampong, cuba nak mengelak dan tak nak mengaku kesilapan yang telah dibuat. Ini bukan main wayang. Lupa pehak musuh tak lupa dan maseh memasang jerat untuk memerangkap.

Seorang Prof, penganalisis politik dan pakar undang-undang mengamati suasana Pas melalui intelektual bukan ada kepentingan politik, nak populis dan jawatan. Ada pula yang mencabar beliau turun padang marah kerana kritik bos. Apa bos tu maksum ke, 100% tepat dan betul. Jangan cepat melenting, mana sabarnya, marah dewan ulamak nanti. Kalau kami diluar ni tak boleh beri pendapat mengenai politik seperti Pas, tak payahlah kempen nanti suruh kami pangkah Pas.

Elok juga berterima kaseh pada Prof, kerana bila diamati kritiknya tu adalah kerana belaiu sayang pada Pas

Bila menang besar 2008 Pas dah merasa hebat, lupa daratan, sangka faktur Pas meningkatkan kemenangan, lupa faktur lain yang membantu. Menyorok buat U-turn kerana ada umpan nak jadi menteri.

Menang besar 1999 tu faktur apa. Kalau rasa hebat kenapa lingkup 2004.

Slogan "kami tetap bersama dan memperkasakan PR" betul ke? Tapi kenapa 'kerajaan perpaduan' lebih menjadi bualan, tidak ada bantahan hebat dari Pas membantu kes makamah memfitnah DSAI. Dimana hujah Islam yang boleh diketengahkan oleh Pas untuk membantu kes DSAI. Atau ada yang tak berminat kerana ada ura-ura menyokong DSAI untuk dijadikan PM jika PR memerintah nanti. Kalau tak pandai membaca cita-cita musuh eloklah duduk dibelakang dari menjadi habuan bila duduk didepan. Tak kan sebagai pemimpin lupa dengan kesah-kesah silam.

Saifuddin Sulaiman November 8, 2009 at 4:07 PM  

Sebagai rakyat Terengganu yang pernah mengundi tapi bukan penyokong PAS, saya merasakan pemimpin PAS ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Kenapa PAS tewas diTerengganu pada 2004 dan 2008 selepas menang besar pada 1999?

Jawapannya adalah disebabkan PAS sendiri. Pada 1999, PAS menang besar diTerengganu disebabkan kemarahan rakyat kepada Mahathir dan UMNO. Mereka mengundi PAS. Kalau nak diharapkan penyokong PAS saja.. gerenti tak boleh menang. Persoalannya kenapa PAS tewas?

Apa yang kita dengar dalam Harakah dan sebagainya tentang pemberian wang dan sebagainya adalah benar. Tapi ini bukan punca kalah. Orang Terengganu pun pandai jugak. Setakat RM200 untuk ubah undi tak payah citer le. Ini puncanye!

1. Kehadiran pemimpin yang tak ada IQ seperti Harun Taib dan Abu Bakar Chik di Terengganu yang mempengaruhi Hj Hadi dan Mustapa Ali.

2. Ketidakupayaan Hj Hadi berfikir menjadikan dia seperti Pak Lah Badui. Lembap.. dan tidak tegas..

3. Pengundi PAS ramai menjadi mangsa kezaliman PAS. Mereka ini adalah golongan atas pagar dan juga penyokong UMNO yang mengundi PAS. Budi mereka kepada PAS dibalas dengan tuba. Paling ketara apabila Tadika KEMAS ditutup. Sepatutnya pemimpin yang tak ade kepala otak ini disingkirkan.

4. Macamana MPKT nak berfungsi sedangkan cukai pintu tidak dipungut? Nak bayar upah angkat sampah pun tak de duit. Berbekalkan prinsip Ulat dalam batu boleh hidup--terus membuatkan rakyat Terengganu serik..


Maka pemimpin-pemimpin yang tidak sempurna IQ nya inilah yang kita nak agong2kan untuk memerintah Malaysia?

Blog list