Agama bukan hak eksklusif ulama — Dr Asri
NOV 8 — Temuramah Berita Harian (BH) dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
BH: Sehari sebelum ditahan Jais, Dr mengeluarkan kenyataan mengenai memorandum PGSM membantah pelantikan Dr sebagai Yang Dipertua Yadim. Dr didakwa ada agenda tersendiri kerana turut mendakwa Perdana Menteri yang mahu membuat pelantikan itu.
Dr Asri: Kalau ada agenda, ertinya saya juga mengerah berpuluh-puluh polis dan pegawai Jais menangkap saya. Dakwaan itu cuma teori kerana di luar kemampuan saya berbuat demikian. Siapa saya untuk membuat agenda membabitkan pihak keselamatan dan seumpamanya, tetapi saya melihat dari sudut lain, ada hikmah untuk saya dan untuk Malaysia; mengenai kebebasan bersuara, hak untuk bercakap.
BH: Dr ditahan kerana disyaki mengajar agama tanpa tauliah. Perlukah Jais mengeluarkan tauliah, terutama kepada pengajar berkelayakan mengajar agama? - + selanjutnya
1 comments:
Nak cakap benar lebih susah, nak cakap bohong macam pemimpin UMNO senang saja, tak perlu permit dan tauliah....
Post a Comment