Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 8, 2009

SPRM tubuh pasukan khas tangani rasuah di kalangan wakil rakyat


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan wakil rakyat dalam negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, pasukan khas yang dikendalikan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM itu akan menjalankan kajian menyeluruh berhubung peraturan, sistem dan prosedur serta kawalan dalaman dalam perbelanjaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen, bagi menutup ruang dan peluang jenayah rasuah daripada berlaku.

Katanya, ia memandang serius mengenai pendakwaan kes yang melibatkan penyelewengan peruntukan Adun dan Ahli Parlimen, dengan kebanyakan kes yang disiasat dan dipertuduh melibatkan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  November 8, 2009 at 4:54 PM  

SPRM pembantu rasuah dikalangan wakil rakyat BN..

Blog list