Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 8, 2009

Jangan nak mengkritik, kalau tidak tahan dikritik

Seminar PAS dah lepas, tak tau perkembangannya. Tidak dinyatakan tentang langkah yang akan diambil untuk halang golongan UG kembali aktif dalam parti. Semuanya 'kenyataan' bukan 'kesimpulan'. Sama macam yang lepas. Dok pok pet, pot pet.. tapi tujuannya tidak jelas. Cakap semua orang boleh cakap. Kita kritik PAS kerana kita sayangkan PAS. Tapi kalau PAS sendiri tak mahu di sayang. Lantak deme la.

Semalam Aku harapkan Kepimpinan PAS akan berkata, "Sesiapa yang cuba menghidupkan usaha UG, kita akan ambil tindakan. Badan disiplin akan panggil dan arah tertuduh menjawab surat tunjuk sebab." Tapi benda tu tak timbul. Masih lagi cakap cakap. Itu pun aku tak tanya lagi result postmortem kat Bagan pinang dan aku tak ditanya lagi tentang badan disiplin yang siasat UG. Ntah PAS lupa atau saja tak mau timbul.

Kedatangan 2 Dr yang memberikan pandangan mereka tentang PAS semalam, memberitahu mereka tidak dihantar oleh pihak musuh. Para ahli PAS yang wala' pastinya mempunyai persepsi berbeza. Masih mengatakan mereka itu mahu pecah belah kan PAS. PAS dah keliru mana satu musuh sebenar. Musuh atau tidak, bukan isu disini. Tapi nilaikan dulu, siasat dan fikir sejauh mana tuduhan itu benar atau salah. Kalau betul, di perbetulkan. Kalau salah, tunjukkan fakta. Jangan ingat, hanya menuduh saja yang perlukan fakta tetapi menjawab juga perlu fakta.

Orang luar kritik ada sebab. Yang penting, orang luar tiada pilih kasih. Sama lah tujuannya meminta badan bebas dari luar memantau Pilihanraya kat Malaysia. Itu lah benda yang dikritik PAS kepada SPR sejak dulu lagi. Tapi SPR degil tak mahu terima nasihat. Tak kan PAS pun sekarang menari dengan rentak yang sama?

Kata MSK, Kita kutuk sebab kita sayang, kalau dah tak kutuk, maknanya kita dah meluat. Aku dah mula rasa benda yang sama. Walaupun pada awalnya, kita berharap ianya akan berubah kepada jalan asal.

Nasihat dari wartamaya kepada sebahagian ahli dan kepimpinan PAS jangan pandai nak mengkritik, kalau kita sendiri tak tahan dikritik. Nanti orang kata, jangan jaga tepi kain orang, kain sendiri pun berlobang-lobang. Siap nampak kemaluan lagi.
Share/Bookmark

12 comments:

Anonymous,  November 8, 2009 at 9:42 AM  

Sudah2la mengkritik.. bagi peluang membuat perubahan.. tak abis2 mengkritik pun tak guna gak..

Ibnul Munzir November 8, 2009 at 10:52 AM  

hangpapun cukup-cukuplah nak lepas perasaan hang tu... nak tegur pasai kritik tu satu ayatpun dah cukup. kalau hang masih timbulkan kononnya ada kumpulan ug ke, atau apa saja kumpulan hayalan hang tu wujud dalam pas, maknanya hangpun sama masih nak wujudkan propaganda. sama macam peranan umno. maknanya hangpun tak sayangkan pas. kelak tak dak sapa yang nak tengok blog hang. orang tengok blog ni sebab ada isu manfaat untuk kebaikan parti.

Yong November 8, 2009 at 11:11 AM  

Ini citer betoi. Bukan kritik ye. Citernye gini. Sebuah parti pemerintah telah membiayai satu think tank untuk buat kajian pre-pilihanraya dalam p'raya kecil. Dapatan kajian akan digunakan untuk susun strategi.

Think tank ini guna 2 kaedah iaitu kaedah A dan kaedah B. Kaedah A mendapati parti pemerintah menang.Tapi kaedah B parti pembangkang menang. Parti pemerintah sangat gembira memilih dapatan kaedah A. Kumpulan kaedah B dikutuk dan dikata tak terperinci le, rambang dsb. Dari situ deme buatle strategi dll. Apakah keputusan p'raya itu?

Jeng jeng jeng. Parti pembangkang menang!

Kisah itu benar2 berlaku di utara. Kat mana erk? Yong bagi klu: PKR lawan MIC.

Moral citer ini ialah, dapatan yang kita suka dengar ni selalunya untuk "feel good" yang sementara saja. Akibat terlalu yakin, perasan mesti menang atau dah kuat, strategi semua dah salah. Musuh amat gembira kalau kita rasa "feel good" kerana kita akan jadi "complacent."

Yong tak kritik tau. Yong bagi ingat je.

wartamaya November 8, 2009 at 11:35 AM  

Ibnul Munzir,

Wartamaya di luar, tak penting. Yang penting bersihkan di dalam tu. Jatuh bangun terletak pada parti. Kalau parti tu bagus, hang buat propaganda macamana pun orang tak layan.

wartamaya November 8, 2009 at 11:35 AM  

Yong,

Terima kaseh dan saya setuju.

Anonymous,  November 8, 2009 at 11:37 AM  

Seminar PAS masih tidak dapat menyakinkan ahli.

Anonymous,  November 8, 2009 at 11:39 AM  

Kalau tak menyakinkan maka orang masih bercerita tentang perkara yang sama.

Apakah perkara menyakinkan yang dinyatakan oleh Kepimpinan? Boleh tolong jelaskan?

Orang KL,  November 8, 2009 at 11:50 AM  

Saya sokong wartamaya,

Propaganda UMNO baik macamana pun tak berkesan kerana orang tak suka UMNO.

Jatiberanang,  November 8, 2009 at 12:05 PM  

Patut la
http://ibnulmunzir.blogspot.com/

blogger terengganu

mozilla November 8, 2009 at 12:09 PM  

Quote : Ibnul Munzir,

Saya sedari dulu telah merasakan bahawa blogger-blogger PAS ini perlu dikumpulkan dan diorganisasikan bagi mengawal kebanjiran para blogger yang entah dari mana datangnya. Apa yang saya sedih ialah sesetengah blogger yang dulunya macam penyokong pakatan rakyat, tetapi kini bila traffic dah banyak kat blog mereka, sekarang pagi petang siang malam mempertikaikan kepimpinan PAS.

Dia kutuk wak ke?
Berapa banyak traffic dia nak cakap banyak?

Unknown November 8, 2009 at 1:57 PM  

Salam bang, maaf mencelah.

Saya ingatlah, tak silap saya melalui berita-berita yang abang siarkan, sendiri telah menjelaskan apa yang abang ributkan.

Apa makna UG tu, kalau ditafsir secara negatif? Berpakat dengan UMNo membentuk kerajaan kan?

Nah, PAS sendiri menafikan sekeras-kerasnya. Isu ni, bukanlah lagi UG, tetapi isu tidak selesanya bersama DAP dan PKR. Abang bawalah berita dengan kejujuran.

Bukan sekadar memaki-maki atas nama sayangkan parti atau apa. TGHH itu bukan Nabi.

Barangkali dia tersilap banyak dalam ijtihad politiknya. Nah, kalau abang di posisinya?

Blog list