Rakan WARTAMAYA

Monday, October 12, 2009

Warga kita terpaksa cuci pinggan di UK


LONDON 11 Okt. - Beratus-ratus rakyat Malaysia yang 'mengoyakkan' pasport mereka dan berlepas ke Britain dengan kepercayaan mereka boleh menuntut hak kerakyatan negara tersebut di bawah undang-undang kolonial yang aneh, mendapati diri mereka sekarang tidak mempunyai negara dan terdesak.

Dee, seorang arkitek terlatih dari Pulau Pinang, Malaysia kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran Cina di tengah London - yang juga seorang mangsa berkata, 'hak kerakyatan di Britain bukanlah sesuatu yang nyata'.

"Saya telah menjadi seorang pendatang haram... sebenarnya lebih teruk kerana mereka sekurang-kurangnya ada negara untuk mereka pulang, tetapi saya tidak,'' katanya yang berusia 34 tahun kepada AFP.

Satu klausa undang-undang memberikan penduduk Pulau Pinang dan Melaka status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC) apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list