Rakan WARTAMAYA

Monday, October 12, 2009

Parti kaum India perlu diterima ke dalam BN - Tun Dr. Mahathir


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan sudah tiba masanya untuk parti-parti kaum India yang menyokong kerajaan dari luar Barisan Nasional (BN) diterima masuk sebagai anggota komponen BN.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini termasuk menerima keanggotaan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) yang dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam kerana ia langkah penting bagi mengukuhkan sokongan kaum India kepada BN.

"Saya fikir masa sudah tiba untuk terima parti-parti kaum India ini ke dalam BN kerana MIC yang mewakili kaum tersebut sudah tidak lagi berpengaruh di kalangan masyarakat India.

"Kita kena ingat walau satu undi sekali pun ia boleh menentukan menang atau kalah BN dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka dekat sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list