UMNO hanya berubah jika terima Islam: Nik Aziz

BACHOK - Perubahan yang ingin dibuat kepimpinan UMNO hanya retorik sekiranya dilakukan tanpa berlandaskan ajaran Islam, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perubahan UMNO hanya diiktiraf sekiranya parti tersebut melakukan perubahan dasar dengan mengamalkan pendekatan ajaran Islam.
“Kalau UMNO mahu berubah, dia mesti berubah secara Islam, kerana Islam dari langit. Kalau manusia boleh terima, kenapa Melayu (UMNO) tidak boleh terima?” katanya ketika ditemui selepas hadir di Majlis Hari Keluarga Halaqat Peringkat Negeri Kelantan, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika me-ngulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan UMNO melakukan perubahan secepat mungkin agar kesediaannya untuk berubah dapat dilihat oleh orang Melayu dan masyarakat Malaysia amnya.
Ditanya adakah beliau yakin UMNO akan kembali diterima rakyat di bawah pentadbiran Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nik Abdul Aziz berkata, orang Melayu yang cerdik tidak akan menerima selain daripada Islam.
"Selagi Melayu cerdik, dia tidak akan terima selain daripada Islam. Kalau terima selain daripada Islam, dia berfikiran pendek. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment