Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

Suatu pagi mendung di Port Dickson


Pagi Sabtu di Port Dickson. Langit kelabu dan mendung. Terdapat hotel di kiri kanan. Lautnya berombak. Saya tercegat di persisiran pantai dan nun di sana kelihatan kapal minyak berlabuh. Pantai nampak bersih. Saya meninggalkan tempat itu apabila hujan mulai turun.

Di depan saya kelihatan ratusan penyokong pembangkang, kebanyakannya ahli Pas, yang berjalan perlahan-lahan ke pusat penamaan calon. Mereka bagaikan tidak kisah dengan gumpalan awan hitam. Lalu lintas merangkak-rangkak.

Seolah-olah ada kualiti organik dalam kemunculan kumpulan-kumpulan kecil. Adakalanya keluarga bersama anak-anak kecil keluar daripada kereta kecil, Perodua Kancil dan Kelisa. Sedikit demi sedikit mereka tiba hingga menjadi semakin ramai.

Mereka berhenti di gerai-gerai yang dipasang di tepi jalan. Suasananya seperti pasar malam segera. Terdapat CD (lebih tentang politik daripada Hollywood), bahan herba, barang-barang dapur, baju-t dan kasut. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list