Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 8, 2009

Isu makanan tamat tarikh luput jadi topik kedai kopi


PADANG 7 Okt. - Dakwaan bahawa Malaysia menghantar bantuan makanan tamat tarikh luput kepada mangsa gempa bumi menjadi topik perbualan hangat penduduk di sini.

Isu yang disensasikan oleh media Indonesia itu menyebabkan ramai di antara mereka bertindak mengecam Malaysia tanpa usul periksa.

Turut menerima tempias penulis dan jurufoto Utusan Malaysia, Ahmad Zakki Jilan yang singgah bersarapan di sebuah warung di Kota Pariaman, dekat sini, sebelum membuat liputan di kawasan perkampungan berdekatan.

Menyedari kami berasal dari Malaysia, beberapa penduduk tempatan terus bertanyakan mengenai bantuan makanan yang sudah tamat tarikh luput itu.

Kata mereka, perkara itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana ia bagaikan menghina mangsa gempa khususnya dan Indonesia amnya.

''Bapak dari Malaysia ya? Kenapa dihantar makanan yang sudah luput tarikh, tidak wajar bapak!'' katanya sambil menunjuk ke arah televisyen yang secara kebetulan menyiarkan berita yang memperkatakan mengenai isu itu.- + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list