SPRM siasat dakwaan syarikat biaya 'hadiah' kereta mewah
PUTRAJAYA 19 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan satu artikel yang menyebut sebuah syarikat membiayai 'hadiah' berupa sebuah kereta mewah daripada seorang menteri kepada isterinya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan itu dilakukan setelah pihaknya menerima satu laporan daripada pihak polis merujuk kepada dakwaan berkenaan.
''Polis telah merujuk laporan tersebut kepada kita (SPRM) dan kita akan membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya.
''Bagaimanapun saya tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenainya kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan," katanya.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment