Katak yang tak tau bersyukur
Cerita kanak kanak
Pada zaman dulu, terdapat seekor katak hidup di dalam kolam bersama habitat lain. Menjerit jerit lah sikatak, "Onk .. Onk ... Onk .. " Katak ni tidak puas hati berada di kolam yang sama. Air cetek la, bau busuk la .. semuanya serba tak kena.
"Kalau di kolam lain, mungkin aku somebody", kata katak di dalam hati. Maka sejak itu, katak berangan untuk berada di kolam yang lain. Mungkin dia boleh jadi pemimpin atau katak yang berpangkat. Kata katak lagi .. "Kalau nak berjaya, jangan jadi katak di bawah tempurung", sejak itu katak terus berangan untuk menjadi pemimpin di kolam sebelah.
Setelah berkali kali mencuba, akhirnya katak berjaya .. tiba-tiba......
"Alamak !!!", kata katak.
Baru katak sedar, kolam di sebelah dipenuhi dengan bapak bapak ular.
Sedang di gigit .. ular lain berkata, " Hoi .. Berahim .. Jadi lah katak yang bersyukur."
"Mana dia tau nama aku Berahim?", kata katak di dalam hati.
"Adedehhhh ... ", kata katak kesakitan sebelum mati.
2 comments:
katak pasir mas tu katak mengelau,mau cakok kat kail bagi ikan haruan makan ya
Bagi mengikuti keadaan semasa, perkataan ANJING perlu ditukar seperti dalam pepatah Melayu,
" Seperti melepas anjing tersepit." kepada " Seperti melepas Brahim tersepit."sebab anjing adalah binatang simbul kesetiaan.
Post a Comment