Rakan WARTAMAYA

Friday, October 23, 2009

Siapa mengatasi undang-undang?


[...] Kemudian, giliran saya sebagai saksi pun tiba. Saya telah "dipanggang" selama hampir empat jam. Dalam tempoh tersebut, nampaknya hanya satu jam saja saya ditanya tentang pelanggaran hak asasi pihak polis dan pemahaman saya dalam undang-undang dan prosedur jenayah terutamanya yang melibatkan hak seseorang untuk berjumpa dengan peguam selepas ditangkap.

Selainnya ialah latar belakang saya, "rekod jenayah" saya, bagaimana saya mengenali anak-anak guam saya, saya makan malam dengan siapa dan di mana, jarak saya berdiri dari balai polis ketika penangkapan dan fokus pandangan saya ketika berdiri di hadapan balai polis ketika tangkapan.

Saya juga ditanya tentang saiz pagar balai polis Brickfields.

(Mungkin selepas ini, saya akan menasihatkan peguam-peguam junior supaya membawa pita ukur setiap kali mereka pergi ke balai polis untuk kes-kes "urgent arrest" dan hak asasi manusia.)- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list