Rakan WARTAMAYA

Wednesday, October 21, 2009

Seleweng : Sekolah beli pokok taman RM57,493


KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan membayar RM57,493 bagi membeli pokok dan tanaman seni taman secara pembelian terus daripada pembekal tempatan, termasuk bagi kerja menyelenggara, merawat dan menyiram tanaman berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan perbandingan harga dilakukan Audit dengan pembekal lain di Kota Bharu bagi perkhidmatan sama mendapati kos dikenakan itu lebih tinggi iaitu 470 peratus hingga 880 peratus, berbanding harga pasaran.

Sebagai contoh, pokok Pinang Raja setinggi enam kaki dijual dengan harga RM750 sebatang, sedangkan harga sebenarnya hanya RM85, bunga raya berharga RM350 (harga pasaran RM50) dan RM350 untuk sebatang pokok Kemboja berbanding harga pasaran RM45. - + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 21, 2009 at 6:35 AM  

Itulah cara kroni Umno mencuri duit kerajaan. Rakyat marah kerana ia merupakan penipuan secara terang-terangan.
Adakah orang-orang Umno sedar tentang penyalahgunaan kuasa ini?
Tidak! Kerana kepada mereka, urusan itu adalah betul dan halal. (Matlamat menghalalkan cara!)

Yong October 21, 2009 at 8:50 AM  

Beri makan benda haram kat isteri dan anak2, Allah akan bagi dividen di dunia. Kat akhirat tak tahulah.

Blog list