Jangan tertipu dengan Makkal Sakhti
KOTA DAMANSARA - Rakyat di negara ini khu-susnya masyarakat India dinasihatkan agar jangan terpengaruh dengan penubuhan parti Makkal Sakhthi.
Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, penubuhan Parti Makkal Sakthi itu hanya sekadar gimik untuk menarik minat masyarakat India di negara ini menyertai Barisan Nasional (BN).
Katanya, Parti itu juga tidak sesuai dinamakan sebagai Makkal Sakthi kerana Makkal Sakhti bermaksud ‘kuasa rakyat ‘ mempunyai pengertian besar dan BN menggunakan platform itu bagi meraih sokongan daripada masyarakat India.
“Barisan Nasional suka mengambil kesempatan populariti nama itu yang di sokong Hindraf sebelum ini bagi mengaburi rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Aidilfitri anjuran Cabang PKR Subang dekat sini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment