Pas buat kenyataan tentang 'dua tiga kerat pemimpin bermasalah' esok
PAS pusat akan mengadakan satu sidang media pagi esok bagi menyatakan pendiriannya terhadap desakan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".
Nik Aziz membuat desakan itu dalam laman blognya ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.
"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.
"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)," tulis Nik Aziz dalam blognya. - + selanjutnya
2, 3 atau 3, 4?
8 comments:
kami sokong penuh TGNA!!!
sidang media nak bela kumpulan UG???
kalau setakat nak bentuk UG, budak tadika pun boleh jadi presiden pas.
ahli pas tak sokong pendirian kumpulan kerajaan perpaduan...
kenapa hadi mendiamkan diri mengenai kerajaan perpaduan???
golongan semak samun dalam pimpinan pas hendaklah dibersihkan... kerana menyebabkan hasil tidak menjadi!!!
Salam.
Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah swt kerana keikhlasan TGNAA untuk terus menegakkan PAS sebagai pendokong risalah Islam di muka bumi negara ini. Insyaallah...saya bersama TGNAA.
Takbir!!!
yang nak bincang termasuk yang dipersoalkan. patut depa tak leh masuk mesyuarat hatta presiden sekali pun.
mesyuarat ngabihkan boraih ada la. pastu buat pc, bla, bla, bla...settle, tak dak isu lagi. pastu kencing lagi.
sampai bila? selagi puak yang tebal ug bertapak dlm pas, selagi tu lah tak settle, ada faham? mana dia kawasan2 ni???? jangan harap kat ajk pas pusat, dah ada dah yang bimbang hilang kedudukan, sanggup jadi org tengah, konon. maaflah, memang itu persepsi saya terhadap yb.
Post a Comment