Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 20, 2009

Khalid terima keputusan Badrul Hisham


SHAH ALAM 19 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan menerima sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berhasrat meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai seorang ADUN, Badrul Hisham mempunyai hak untuk menentukan kedudukan sama ada untuk terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya.

''Jika beliau (Badrul Hisham) mahu keluar (daripada PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas, ia terpulang kepadanya kerana beliau adalah ADUN yang mewakili kawasan tersebut.

''Beliau boleh buat keputusan sendiri. Bagaimanapun di peringkat kepimpinan parti (PKR), kita sudah tentu akan mengambil kira tentang mereka yang meninggalkan parti,'' katanya.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list