Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 20, 2009

Kegiatan curi pasir terus berleluasa


SUNGAI CHOH – Setelah hampir sebulan kegiatan mencuri pasir di Kampung Tanjong di sini beroperasi, masih tiada tindakan diambil pihak bertanggungjawab.

Malah, kegiatan terbuka itu dikatakan seakan didalangi individu atau pihak tertentu kerana terus beroperasi walaupun sudah ditegah beberapa kali.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Tanjong, Anuar Zainuddin berkata, aktiviti itu kini memberi kesan jelas kepada struktur tebing konkrit yang dibina di sepanjang Sungai Kampung Tanjong sehingga retak dan runtuh.

“Kegiatan ini sudah hampir sebulan berlaku tetapi masih tiada tindakan tegas diambil walaupun aduan sudah dibuat ke Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Gombak dan Hulu Selangor.

“Kesannya aktiviti mereka sudah kelihatan dan mengakibatkan runtuhan pada tebing konkrit yang dibina JPS (Jabatan Perairan dan Saliran).

“Kerja-kerja yang dilakukan di laluan pintas penduduk dan pelajar sekolah di sini juga nyata membimbangkan kami kerana khuatir keselamatan terjejas,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi pengorekan pasir di sini semalam. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list