Hidup lagi mamat ni ?
Dakwa SPRM guna kekerasan bertujuan raih simpati - Nazri
KUALA LUMPUR: Tindakan orang yang disiasat membuat laporan polis mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan kekerasan mungkin untuk meraih simpati serta memberi gambaran yang suruhanjaya itu adalah agensi penguatkuasa yang kejam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kebelakangan ini terdapat trend apabila seseorang yang ditangkap atau disiasat oleh SPRM membuat laporan polis mendakwa mereka didera atau dipaksa membuat pengakuan kepada SPRM selepas dibebaskan atau sudah memberi keterangan.
"Tindakan mereka ini juga dibuat sematamata untuk mengelakkan pengakuan mereka dijadikan sebagai keterangan di mahkamah kelak," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat, di sini, semalam. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment