Dr Porntip Rojanasunan sedia lakukan bedah siasat kedua
SHAH ALAM, 21 Okt (Bernama) -- Ahli patalogi terkenal Thailand Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini Rabu bahawa beliau bersedia melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat setiausaha politik Teoh Beng Hock jika diperlukan berbuat demikian.
Pakar berumur 54 tahun itu, yang diminta oleh kerajaan negeri Selangor untuk memberikan keterangan mengenai punca kematian Teoh, berkata keperluan untuk menggali mayat Teoh bagi tujuan bedah siasat itu tidak meletakkan dirinya dalam keadaan merugikan.
"Saya masih boleh melakukan bedah siasat ke atas mayat itu malahan tiga bulan selepas kematiannya," katanya.
Peguam Gobind Singh Deo, selaku peguam pemerhati keluarga Teoh, kemudiannya memberitahu pemberita yang beliau akan mendapatkan pengesahan sama ada keluarga Teoh bersetuju untuk mayat Teoh digali semula bagi bedah siasat itu.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment