Cara buka Email
Ok. Terima kaseh pada semua yang beri sokongan. Kalau sebelum ini sudah ada akaun email .. sekarang kita belajar sikit lagi. CARA BUKA EMAIL ..
Takut nanti dah ada tapi email tak boleh buka. OK .. KLIK SINI .. untuk pergi ke Yahoo email kita.
Paparan dibawah ini akan keluar ... Di belah kanan akan ada benda di bawah ni.
Masukkan email address kita tadi ... kalau wak, mestinya "senangb699@yahoo.com". Nkorang jangan hantar email kat situ .... itu dummy je.
Kemudian masukkan password di ruangan bawah nya.
Tekan butang "Sign In" ... Tunggu.
Ingat : Kalau salah Yahoo ID dan password .. mesti tak boleh buka. Jadi kena ingat kan betul betul .. jangan sampai lupa.
Wallllaaa ... Sudah bukak .... paparan di bawah ini akan kelihatan.
Cun tak?
Ok .. dibelah kiri tu ada Inbox, Draft, Sent, Spam dan Trash.
Maknanya ..
Inbox tu .. kalau ada email datang dia tulis jumlahnya .. Contoh Inbox (2) ...
kalau klik kat situ .. nkorang boleh baca
Draft .. Kalau nkorang buat email dan tak nak hantar sebab tak siap, dia akan masuk Draft.
Sent ... Terdapat senarai email yang nkorang dah hantar.
Spam .. Tong sampah untuk nkorang simpan email spam yang dihantar oleh hantu hantu internet.
Trash ... Ruang email yang nkorang dah delete.
Spam dan trash .. boleh di'empty'kan. Kalau dah banyak, menyesakkan, nkorang 'delete'.
Tapi didalam Spam .. wak maintain, Tak 'empty'kan sebab kalau empty, 'Spam' tak der memory untuk tarik secara otomatik, spam yang orang antar. So .. nasihat wak .. simpan je 'Spam' tu.
OK .. nkorang boleh gak cek email seperti dibawah ini. (Ruangan yang sama kat sebelah kiri)
Nampak "check mail" Tu? ... ok klik kat situ. Paparan senarai email yang kita terima akan keluar. Di sebelahnya tu .. "New" untuk nkorang buat email .. Klik Situ .. paparan untuk buat email pun disediakan. Cuba klik.
Ok .. kat Ruangan "To" ... nkorang letakkan alamat penerima : contoh wartamaya@ymail.com
Ruangan "cc" .. kalau nkorang ada nak cc kan email tu pada orang lain. Ramai ramai, satu kapal pun boleh.
Ruangan "Subjek" tu untuk letakkan Tajuk ... contoh "Katak Marah"
Ruangan bawah yang luas tu .. tempat nkorang belasah nak tulis apa pun.
Atas ruang tu ada "Attached" untuk nkorang sertakan email nkorang dengan gambar atau apa jua file yang ada dalam komputer nkorang. Ingat ! Jangan hantar gambar lucah.
Selepas sudah isi .. nkorang tekan butang "Send" yang disediakan diatas dan bawah.
Ingat .. sudah selesai .. Tekan "Sign out" untuk keluar dari email.
Selesai ...
Untuk subjek akan datang .. kita buat blog pulak .. Ingat ! kita kena gunakan "alamat yahoo" yang nkorang buat. So ... kena ingat .. jangan lupa. OK ? Kalau nak ulang kaji .. tekan "Blogger Trick"... atau Label kat bawah tu untuk semua perkara berkaitan.
Salam
wartamaya
2 comments:
pengajaran yang berguna!
[url=http://lecturer.elektrounesa.org/?u=videoseamber3]Digital Video Player[/url] [url=http://www.adulthostedblogs.com/?u=videoseamalia9]Speed Video Splitter 2.4.53[/url]
DVD ReBuilder 1.26.5 Pro Aone AVI DivX to DVD-svcd-vcd Converter 2.2
http://www.pinskerdream.com/bloghoster/?u=videoseaileen5 Apollo DVD Copy 4.8.18
[url=http://www.blogportalen.no/blog/?u=videoseanderson7]CalMAN[/url] [url=http://lecturer.elektrounesa.org/?u=videoseariane7]Xilisoft Video Converter 3.1.30.0511b[/url]
Bluefox PSP Video Converter 1.68.08 ViMark
http://www.answerbag.com/profile/1237584 Amadis Video To iPhone Converter
Altdo DVD Ripper Diamond 4.0
my icq:858499940385
Post a Comment