Rakan WARTAMAYA

Tuesday, October 27, 2009

Mendaftar email

Ye .. tak semua orang ada email address. Mungkin kerana kurang berminat atau tak ada masa. Tak per. Kita belajar satu persatu.

Klik SINI
(Klik menggunakan belah kanan mouse untuk buka 'Open link in the new tab') agar, window pembelajaran kita tidak terngganggu)

Sesudah klik .. anda akan lihat paparan pendaftaran Yahoo Email ..
Klik 'sign up for Yahoo !' tu ... dan paparan berikut akan keluar.



Anda di kehendaki isi semua maklumat .. Boleh guna nama samaran kalau mau. Boleh guna nama 'glamour' kalau ada.

Nama : Boleh letak .. bujang (1 column) dan senang (column ke2)
Gender : Male atau Female (Jantan atau betina)
Birthday : letak je .. tapi ingat jangan bawah dari 16 tahun nanti kena minta kebenaran ibu bapa. Kalau boleh letak tahun lahir 76 ke bawah.

I live in : malaysia ke atau Congo .. itu terserah.
Postal Code : Belasah .. Isi nombor poskod tau. Betul tak betul .. itu nkorang punya pasal. Tak der hal nya ..

Yahoo ID and email : Isi dan ingat. Dia akan tunjukkan alamat email yang belum ada di daftar.
Password : Isi password yang mudah diingat.
Retype password : (Isi kan sekali lagi untuk pengesahan )



Kemudian buat seperti paparan di atas .. Anda kena pilih soalan itu dan jawab. Jawapan kena ingat. Sebab kalau anda lupa password .. Kemungkinan soalan itu akan ditanya untuk mendapatkan semula password anda pada masa akan datang.

Type the code shown : Di buat sedemikian rupa untuk mengelakkan 'spam'. Spam ni memang dengki dengan benda ni. Kalau tak der itu, spam akan masuk mengganggu.

Selesai semua di sini .. 'tick' pada ruangan (Do you agree ?). Menandakan anda setuju dengan syarat syarat yang diletak. Tapi saya puin tak pernah baca syarat tu. Kalau rajin baca, boleh baca.

Last sekali .. Tekan "Create My Accout" di Bahagian bawah

Walllll aaaaa ... dah siap !!!


Ok .. tuan tuan kena ingat Yahoo! ID & Email .. sebab kalau kita nak masuk ke Email kita .. dia akan tanya benda tu dengan password .. (Yang kita isi masa pendaftaran tadi )

Selepas itu .. tekan "Continue", selepas klik itu .. akan ada paparan baru . klik "Go to email classic" butang yang ada di sebelah kanan .. dan anda akan di bawa ke paparan seterusnya .. ke email anda .. Di situ lah anda akan buat email, hantar email, terima email seperti di bawah ini.



Tu diah ..... !
Ok .. anda mesti ingat alamat email anda. Bagaimana ?
Klik ke 'Inbox (1)" di belah kiri skrin tu .. (seperti di atas) dan tekan situ.
Bila paparan dibukan nanti .. dia akan bagi tau alamat Email anda. (Ianya sudah anda isi pada ruangan isi borang kat awalan tadi ). Kalau lupa kat Inbox tu ada bagi tau .. Sila klik.

Ok .. Dengan alamat itu nanti .. kita akan daftarkan ke blogspot pada pelajaran akan datang. Ingat tu .. kalau tak ingat tulis. Selepas semua selesai .. Atas ada tulis "Sign Out" untuk keluar. Tekan situ .. dan anda akan keluar dari email. Kalau nak masuk lagi ber email lagi .. KLIK SINI
Bookmark kan KLIK ITU untuk mudah kesana bila bila masa.

Alamak .. boss saya datang ! Nanti kita jumpa lagi.
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  October 27, 2009 at 8:41 AM  

teruskan pembelajaran, berguna kalau tahu!!!

Abg Cho,  October 27, 2009 at 10:34 AM  

Terima kasih wak.....Jazaikhaillah hukairan wak...aku ni nak belajor benor bukak blog XXXXX tapi versi politik.

Blog list