Buat blog jom !
Ok .. sekarang kita akan buat blog pula. Ingat alamat email? Saya punya "senangb69@yahoo.com" ...
Ok .. untuk memulakannya .. klik https://www.blogger.com/start
Paparan di bawah akan ujud.
Tekan "Create A Blog" ... Selepas di klik .. paparan di bawah akan keluar.
Buat seperti yang saya buat .. password tu biar yang mudah diingat. Ruangan "Retype" untuk pengesahan. "Display name" adalah untuk nama yang tersiar. Di atas laman blog. Anda boleh pilih password sama seperti email anda. Mudah nak ingat.
Selepas semua di isi .. ada pengesahan huruf (seperti di atas) dan klik Continue ...
Paparan di bawah pula keluar.
Isi ruangan "Blog Title" ... saya pilih kentut busuk. Pilih nama lain pun boleh.
Selepas itu "Blog address (URL) di isi .. Selepas anda isi, anda boleh check samada nama yang anda pilih itu masih boleh digunakan atau sudah ada di miliki .. Tekan "Check Availability". Kalau boleh digunakan .. "The blog address is available" akan terbit.
Selesai di situ .. Tekan "Continue" untuk langkah seterusnya.
Kali ini anda perlu memilih template yang anda rasa sesuai dengan blog anda. Ada banyak pilihan. Kalau sudah pilih "Tick" pada ruangan yang disediakan. OK ?
Tekan Continue untuk langkah seterusnya.
Wallllaaaa .... sudah siap .. "Your blog has been created"
Tekan "Start blogging" ... Sekarang anda sudah jadi blogger. Yahooo !!! Kalau nak buat kenduri doa selamat, makan durian, boleh panggil aku .. he he he ..
Ok untuk terus memblog .. lihat ruangan di atas yang akan terbit selepas "start blogging" di klik.
Ruangan "Title" untuk tulis tajuk Dan ruangan isi .. untuk tulis cerita anda.
Selepas ruangan di isi .. lihat di bahagian bawah anda akan lihat Butang .. "Publish Post" dan "Save Now" ... Publlish kalau anda mahu ianya di terbitkan dan tekan butang "Save untuk simpan sahaja".. mana tau kalau sedang buat, tiba tiba isteri suruh gi beli gula. tergendala dan anda boleh tekan Save Now ..
Tekan Publish .. dan seterusnya .. paparan di bawah akan terbit.
Yahooo .. ! "Published successfully" .. sudah berjaya dan anda boleh tekan "View Post" yang terletak di bawah nya untuk lihat sendiri hasil kerja anda.
Tu dia ..... sudah siap .. Lihat saya punya di sini ...
http://kentutbusuk2.blogspot.com/
Selepas ini kita belajar untuk guna tools / alat yang ada pada blog .. nanti, kita akan sentuh ke perubahan template .. tang tu syok sikit. Tapi relax. saya pun tak pandai sangat. Setakat simple simple boleh la ..
Salam
wartamaya
2 comments:
terima kasih atas pengajaran!!
kalau tulis blog nampak makin seronok ni!!
Post a Comment