Apa jadi pada Islam Hadhari, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan dan Wawasan 2020?

[...] Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.
"Setelah kerajaan memperkenalkan seruan baru 1malaysia adakah bermakna Islam Hadhari, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan telah gagal membentuk pemikiran rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan baik?"soalnya.
Beliau turut mempersoal mengenai penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh kerajaan.
"Kerajaan telah menerima institut Islam Hadhari. Adakah bermakna dengan peruntukan begitu rupa,adakah ia akan menjadi kenangan setelah adanya 1 malaysia sebagai slogan?"soalnya lagi. - + selanjutnya
![]()
2 comments:
Itu semua slogan program untuk menipu rakyat Malaysia terutama Melayu.
Orang Melayu diperbodohkan dengan slogan-slogan tersebut sambil itu pemerintah, pemimpin Umno-BN dan kroni-kroninya merembat duit kerajaan iaitu duit rakyat berbillion-billion RM melalui projek-projek untuk melaksanakan program tersebut.
Kini, slogan 1Malaysia pula. Kata-kata Najib dalam perhimpunan Umno baru-baru ini seolah-olah mewajibkan, dengan ugutan dan paksaan, rakyat Malaysia khasnya Melayu untuk menerima bulat-bulat tanpa usul periksa lagi.
Akhirnya nanti, gagal. Duit kerajaan/duit rakyat habis, orang Melayu menjadi semakin bodoh!!!
berapa la agaknya kerajaan berhabis duit utk masyhurkan slogan-slogan ni...ekonomi dah la tengah hanyut... tengok projek 1msia ni,sungguh2 ke nak perpaduan? kalau PR nak tolong org bukan melayu,kenapa dipanggil pengkhianat?
Post a Comment