Rakan WARTAMAYA

Thursday, October 22, 2009

1,000 usahawan Internet setahun


Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad (KPUISB) mensasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 usahawan Internet dalam tempoh setahun.

Pengerusi Eksekutifnya, Nizam Mukhtar berkata, sasaran itu membantu merealisasikan misi ‘Satu Keluarga, Satu Perniagaan’ melalui perniagaan Internet dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Menurutnya, Internet dijadikan medium kerana perniagaan seumpama itu tidak memerlukan modal besar berbanding perniagaan konvensional lain.

“Internet kini adalah keperluan hampir setiap orang. Penggunaannya juga semakin meningkat setiap hari dan bakal menjadi satu kewajipan pada masa akan datang.

“Dengan pembelajaran dan pendedahan, Internet akan menjadi suatu medium yang boleh digunakan setiap keluarga untuk menjalankan perniagaan,” katanya pada Sinar Harian.

KPUISB ditubuhkan bertujuan memberikan perkhidmatan sokongan kepada individu yang berminat menjalankan perniagaan Internet meliputi kursus pembelajaran, bantuan teknikal dan pemasaran. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list