UMNO adalah parti Islam, kata Najib
SIK 10 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.
Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.
“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. - Bernama
![]()
1 comments:
Kah kah kah
Bukak FELDA je basmi kemiskinan???
Basmi kemiskinan je dah ISLAMIK???
Yg lain2??? Hudud???
Aurat???
Hiburan yg semakin menular??
Rasuah dlm politik???
Komisyen atas angin para kontraktor???
Post a Comment