Menjenamakan semula BN sebagai suara rakyat — Rejal Arbee
[...] Bahkan bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti di Pulau Pinang, BN memberikan laluan percuma kepada PKR apabila tidak pun meletakkan calon. Hasilnya hanya 46 peratus daripada sejumlah 5,384 pengundi berdaftar, keluar mengundi iaitu satu jumlah undian terkecil pernah berlaku.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada trend pengundian yang tidak langsung memihak kepada BN ini? Jelas sekali sokongan terhadap Umno dan BN semakin merosot. Tetapi apakah benar pandangan sesetengah bahawa rakyat kini sudah begitu meluat terhadap Umno dan BN hingga memilih sesiapa saja yang menentangnya?
Malangnya ramai yang berpandangan sedemikian. Inilah sebenarnya hakikat kedudukan politik negara sekarang. Dulu pernah dikatakan pengundi akan memilih sesiapa saja yang menjadi calon BN. Tetapi kedudukan itu sekarang sudah terbalik dan sesiapa pun yang diletakkan sebagai calon menentang BN, akan terpilih.
Inilah sebenarnya yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac 2008 apabila calon PR di sesetengah kawasan yang terdiri daripada mereka yang tidak pernah berkecimpung dalam politik, yang masih mentah hingga ada yang hanya boleh bertutur bahasa Melayu pasar pun terpilih.- + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment