Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 24, 2009

Saifuddin mahu muka baru tidak terlibat politik wang, rasuah

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan muka baru yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah tersebut menjadi bukti bahawa parti orang Melayu itu kini serius membina imej baru yang lebih berintegriti di mata rakyat.

"Ia juga selari dengan semangat perubahan dalam UMNO yang ingin dibawa oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa UMNO perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk bertanding di Bagan Pinang. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list