Ciri bersih tidak cukup pastikan kemenangan BN - Noh Omar
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Beberapa pemimpin UMNO menyifatkan calon yang bersih tidak cukup untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, faktor penerimaan masyarakat setempat terhadap calon juga perlu dijadikan kriteria utama pemilihan.
"Jika calon itu bersih sahaja tapi tidak mempunyai semangat berkhidmat kepada rakyat dan belum diakui kepimpinannya, ia boleh menjejaskan peluang kemenangan BN.
"Calon berkenaan mesti mampu menyatupadukan rakyat di kawasan yang diwakilinya dan parti," katanya semasa dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment