Polis siasat isu wanita Penan
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Maklumat mengenai kakitangan yang bekerja di sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di Sarawak dan dikatakan merogol seorang perempuan kaum Penan akan diserahkan kepada pihak polis.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, satu pasukan khas telah dibentuk kementerian bagi mengenal pasti kakitangan daripada syarikat pembalakan terlibat.
Beliau berkata, kementerian akan menyerahkan perkara itu untuk disiasat sepenuhnya oleh pihak polis sementara beberapa langkah akan dilakukan bagi memastikan kebajikan kaum tersebut dijaga dengan baik.
"Keselamatan wanita dan gadis di kalangan kaum itu mesti dilindungi dan tidak boleh diletak di dalam risiko.
''Kerajaan mengutuk perbuatan tersebut walaupun kita mengetahui kaum ini tinggal jauh dari kesibukan orang lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa kementerian itu bersama media di Hotel Hilton di sini malam ini.- + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment