NGO Melayu bimbang
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bimbang dengan tindakan Peguam Negara yang terlalu cepat membuat pendakwaan dalam isu kepala lembu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Tan Sri Abdul Gani Patail itu akan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu.
''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.
''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas ruangan pembaca Utusan Malaysia hari ini yang merasa pelik dengan pendakwaan segera Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment