Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 10, 2009

Polis, Menteri Dalam Negeri memang berat sebelah

Oleh MOHAMAD SABU

[...] Sudah beberapa kali keputusan mahkamah mengenai "perhimpunan haram" yang merumuskan bahawa pihak polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dalam mengendalikan perhimpunan awam.

Kes-kes terbaru yang diputuskan oleh mahkamah telah menyalahkan pihak polis yang menangkap seseorang secara tidak mengikut undang-undang. Kes membabitkan Dr Hatta Ramli dan Dato' Mustafa Ali merupakan antara contoh penyalahgunaan kuasa pihak polis dalam menangkap seseorang. Pihak mereka (polis) terpaksa membayar wang ganti rugi kepada Dr Hatta dan Mustafa Ali yang ditangkap di kawasan 'autonomi' Parlimen.

Dalam pada itu, kecekapan pihak polis menyiasat, mengintip dan meramalkan gerakan rakyat amat dikagumi. Sebarang perhimpunan yang hendak dibuat, secara sulit sekalipun, pihak polis boleh terhidu perhimpunan yang hendak diadakan. Sebelum peserta perhimpunan sampai ke lokasi tunjuk perasaan, pihak polis telah berada di lokasi tersebut.

Kadangkala pihak polis telah bersedia dengan segala peralatan untuk meleraikan tunjuk perasaan atau perhimpunan. Senapang gas, pasukan bercota, lori yang membawa air asid telah tersedia untuk digunakan bila-bila masa oleh pihak polis.

Kecekapan pihak polis dalam menghadapi perhimpunan awam dan kecekapan mereka mengintip sebelum perhimpunan amat boleh difahami oleh kita. Kecekapan polis itu kadang-kadang amat kita alu-alukan.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list