Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 10, 2009

Ong dakwa ada konspirasi jatuhkannya

[...] Menurut beliau, langkahnya menginisiatifkan siasatan ke atas skandal siasatan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) telah menyebabkan wujudnya konspirasi di dalam dan di luar kerajaan juga di dalam partinya untuk menjatuhkan beliau.

Menurut beliau, langkah untuk menyiasat PKFZ itu tidak popular di dalam BN dan konspirasi untuk menjatuhkannya itu diwujudkan dengan tujuan untuk menjejaskan siasatan tersebut.

Ketika siasatan PKFZ dilihat telah dirampas darinya, Ong sekali lagi enggan menafikan bahawa beliau tidak mendapat sokongan BN untuk menyiasat skandal itu.

Apabila ditanya mengenai persepsi umum yang melihat beliau keseorangan dalam meneruskan siasatan ke atas skandal itu dan tidak menerima sokongan sewajarnya dari rakan-rakannya di dalam BN, Ong tidak menafikan persepsi itu.

"Saya fikir bukan saya yang patut memberikan komen," katanya seperti dilapor Malaysiakini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list